.

Fuh! Prepaid Kena Cukai 6% (Topup)


Berita paling gembira buat pengguna prabayar mana-mana syarikat telekomunikasi apa-apa pun di Malaysia ini. ^_^Belum habis isu komunis, harga barang naik, harga minyak tak nak turun, kesemua pengguna prepaid dan pembelian simpack baru akan dikenakan cukai sebanyak 6 peratus nilai prepaid tersebut.



Rata-rata yang memilih prepaid ini, mungkin majoritinya adalah dari golongan yang nak kurangkan perbelanjaan, tapi tiba-tiba kena pula cukai. Rasa-rasanya tinggi pula dari cukai di kedai mamak.
Menurut sumber, cukai ini akan dipindahkan kepada pengguna pada 15 September 2011. Sebelum ini, cukai 5% dikenakan dan syarikat telco masing-masing yang menanggung, beban ini, namun pada 1 Januari 2011, cukai itu dinaikkan kepada 6% hingga beban yang ditanggung tidak dapat diteruskan.
Sedikit petikan dari IlmiIslamiah..Dulu, masa cukai yang dikenakan hanya 5%, pihak telekomunikasi berbesar hati untuk menyerap kos tersebut untuk pelanggan bagi pengguna telefon prepaid. Tapi, sejak diumumkan bahawa cukai naik 15 kepada 6%, akhirnya pihak telekomunikasi dah tak boleh nak serap lagi. Cukai tersebut sekarang dibebankan pula kepada pengguna telefon prepaid bermula Julai ini.
Sekiranya setiap pengguna prepaid mengisi purata RM 40 setiap bulan, jualan prepaid menjangkaui RM 6.3 bilion sebulan.Memang banyak!. Dan daripada jumlah besar tersebut, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.
Oleh kerana jumlah yang tersangat besar itu,syarikat telekomunikasi gergasi yang ada, sudah tidak mampu lagi untuk menyerap cukai tersebut setelah dinaikkan lagi sebanyak 1% oleh kerajaan bermula 1 Januari 2011 lalu. Jadi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut.
Bagi yang selama ini pakai talian postpaid, mungkin dah terbiasa dengan caj cukai ini, namun kalau yang selama ini menggunakan prepaid, mungkin akan ada terasa kesannya.
Hoho~~ Cukai ini adalah yang terendah di negara-negara Asia. Siapa berani keluarkan kenyataan sebegini?


No comments:

Post a Comment