.

resepi minuman: Air Laici Susu / Laici Blanded

Petua orang tua-tua dulu berkata, kalau nak dapatkan kulit cerah, hendaklah minum air susu. So, untuk mendapatkan kulit yang cerah, minum lah air Laici Susu ni yee . InsyaAllah, mudah-mudahan kulit akan menjadi cerah . 

Bahan-bahan:

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • gula secukupnya
  • 1 liter air sejuk
  • ais batu secukupnya
Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan tersebut .
  2. Kisarkan dan boleh dihidang .
Mudah je kan .. selamat mencuba :)

Resepi Sedap: Roti Gulung Sardin



ROTI GULUNG + SARDIN IKAN
Bahan-bahan :
> Roti (kalau nk best lagi, pilih roti gardenia)
> Sardin (masak sardin ni tambah ape yg patut seperti bawang dll- ikut citarasa anda la..hehe)
> Air masak
> Telur

Cara membuat
1) Ambil roti, renjiskan sedikit air dipermukaan roti
2) Gilingkan gelas/penggiling bersih atas roti tadi supaya nipis (supaya minyak xmasuk dalam ruang2 roti tersebut ketika goreng nanti)
3) Masukkan sardin yg telah siap dimasak tadi diatas roti.. gulung seperti anda menggulung popia
4) Letakkan sedikit telur pd hujung roti supaya melekat dan xterbuka.
5) Celup dlm telur dan masukkan dlm kuali.
6) Goreng sehingga kekuningan..angkat
      sedia dihidang :) selamat mencuba!

Fuh! Prepaid Kena Cukai 6% (Topup)


Berita paling gembira buat pengguna prabayar mana-mana syarikat telekomunikasi apa-apa pun di Malaysia ini. ^_^Belum habis isu komunis, harga barang naik, harga minyak tak nak turun, kesemua pengguna prepaid dan pembelian simpack baru akan dikenakan cukai sebanyak 6 peratus nilai prepaid tersebut.



Rata-rata yang memilih prepaid ini, mungkin majoritinya adalah dari golongan yang nak kurangkan perbelanjaan, tapi tiba-tiba kena pula cukai. Rasa-rasanya tinggi pula dari cukai di kedai mamak.
Menurut sumber, cukai ini akan dipindahkan kepada pengguna pada 15 September 2011. Sebelum ini, cukai 5% dikenakan dan syarikat telco masing-masing yang menanggung, beban ini, namun pada 1 Januari 2011, cukai itu dinaikkan kepada 6% hingga beban yang ditanggung tidak dapat diteruskan.
Sedikit petikan dari IlmiIslamiah..Dulu, masa cukai yang dikenakan hanya 5%, pihak telekomunikasi berbesar hati untuk menyerap kos tersebut untuk pelanggan bagi pengguna telefon prepaid. Tapi, sejak diumumkan bahawa cukai naik 15 kepada 6%, akhirnya pihak telekomunikasi dah tak boleh nak serap lagi. Cukai tersebut sekarang dibebankan pula kepada pengguna telefon prepaid bermula Julai ini.
Sekiranya setiap pengguna prepaid mengisi purata RM 40 setiap bulan, jualan prepaid menjangkaui RM 6.3 bilion sebulan.Memang banyak!. Dan daripada jumlah besar tersebut, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.
Oleh kerana jumlah yang tersangat besar itu,syarikat telekomunikasi gergasi yang ada, sudah tidak mampu lagi untuk menyerap cukai tersebut setelah dinaikkan lagi sebanyak 1% oleh kerajaan bermula 1 Januari 2011 lalu. Jadi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut.
Bagi yang selama ini pakai talian postpaid, mungkin dah terbiasa dengan caj cukai ini, namun kalau yang selama ini menggunakan prepaid, mungkin akan ada terasa kesannya.
Hoho~~ Cukai ini adalah yang terendah di negara-negara Asia. Siapa berani keluarkan kenyataan sebegini?


SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum.

Memandangkan kita masih dibulan Syawal lagi, x terlambat kot kalo nak pokpek2 pasai HARI RAYA ! kan kan kan ? hehehe.

So, dikesempatan ini, kami bertiga , Maizatun Ibrahim , Fazilah Zakaria, Nur Diana Ghazali nak mengucapkan

kepada
semua yang sudi baca blog kami yang x cantik dan bosan nihhh :) thanks ya.
mohon dimaafkan segala kesilapan dan keterlanjuran kami yang mana kami buat secara sengaja or tak. MAAF YA KAMU2 SEMUA 
kalau x maafkan kami, .... tolonglah maafkan jugak, bulan baik , hari baik nih, kosong-kosong ya. ilebiu 
buat semua Pesyarah terutama Puan Adibah yang paling cantik tu, TERIMA KASIH ajar kami excel ! sampai hang2 komputer, hehe, tapi tetap tersenyum comei. 
xde duit raya ke untuk kami ? :P
Nak share2 gambar mase hari raya kami bulehhh ? hehehe, semua pakai baju raya baru yg cantik2 kann, kami pon adeeeee. hehe.. antara gambar2 kami di pagi hari rayaaaaaaa~


Family Mai *sorry , ayah gua memang x suke bergambar sikit. HAHA


Beraya dgn abg, duit raya masyukkkkk, HAHA;D

Ilah dgn kakak kakak nyaaaaa. gembira di hari raya ~


Selamat Hari Raya, Family Ilahhh , xde adik bradik laki . hehe

Yana di pagi raya, amboi, berseri seri......

With her sister.